Bandai Namco telah mengumumkan strategi jangka-pertengahan untuk permainan-permainan mereka yang memfokuskan kepada perhubungan dengan pemain (dilaporkan oleh VGC). Di dalam strategi tersebut mereka mengumumkan ‘IP Axis Strategy’.
Melalui IP Axis Strategy ia dibahagikan kepada tiga strategi iaitu IP x Fan, IP x Value dan IP x World. Melalui IP x Fan mereka mengumumkan akan hadir dengan metamesta untuk kesemua IP mereka, agar dapat berhubungan dengan pemain dengan menggabungkan produk fizikal dan digital.
Melalui metamesta untuk setiap IP ini, pemain akan berhubung dengan IP tersebut untuk satu jangka masa yang lama agar mereka dapat memastikan sesuatu IP akan terus diikuti oleh pemain.
Bagi IP x Value, mereka ingin kembangkan lagi penawaran untuk setiap IP mereka kepada pelbagai jenis produk berbeza, nni termasuk juga barangan fizikal dan digital, seperti permainan video, metamesta dan juga taman hiburan.
Manakala IP x World, mereka ingin hadir dengan satu strategi untuk kesemua cawangan mereka di kesemua negara, ini akan menggalakkan kerjasama yang lebih erat di antara perniagaan-perniagaan di bawah “ALL BANDAI NAMCO”
Selain itu, mereka juga telah memperlihatkan rekaan logo akhir yang akan digunakan bermula pada April tahun ini. Ia mempunyai rekaan yang sama seperti diumumkan pada Oktober tahun lepas tetapi menggunakan warna merah berbanding merah jambu sebelum ini.