Square Enix telah mengumumkan yang permainan mudah alih Octopath Traveler: Champions of the Continent akan dikeluarkan secara global sekitar tahun ini. Ia akan dikeluarkan untuk iOS dan juga Android.

Pada 28 Oktober tahun lepas, ia telah dikeluarkan untuk pasaran Jepun tetapi tidak pernah menerima sebarang pengesahan mengenai tawaran untuk pasaran global ataupun permainan di dalam bahasa Inggeris.

Octopath Traveler: Champions of the Continent adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini