Bagi yang ternanti-nanti pengumuman seterusnya oleh Nintendo, mereka telah mengumumkan yang Nintendo Direct pertama untuk tahun ini akan berlangsung pada 10 Februari 2022 pada pukul 6 pagi. Anda boleh tonton secara langsung melalui video di bawah.

Mereka juga mengatakan yang Nintendo Direct ini akan berlangsung selama 40 minit dan akan memfokuskan kepada permainan-permainan yang akan dikeluarkan pada pertengahan tahun ini untuk Nintendo Switch.

Seperti biasa, jika anda tidak berkesempatan untuk tonton sendiri, kami akan kongsi pengumuman-pengumuman menarik ketika Nintendo Direct ini.

Sohor Kini