Umur Purata Gamer Adalah Sekitar 35 Tahun Ke 44 Tahun

Take Two Interactive terbaru berkongsi perkembangan syarikat mereka, dan secara ringkas turut berkongsi berkenaan keadaan industri gaming pada hari ini.

Berkongsi mengenainya, Take Two mengatakan terdapat sekitar 2.8 bilion gamer pada 2021, dan secara purata, umur para pemain atau gamer paling ramai adalah antara 35 tahun ke 44 tahun.

Pada masa yang sama, saiz penonton esukan pada 2020 juga dilihat mencapai 495 juta orang, sekaligus menjadikan ia antara pasaran yang besar berbanding sukan tradisional yang lain.

Sohor Kini