Variety telah melaporkan yang permainan koperasi It Takes Two oleh Hazelight Studios akan diadaptasi menjadi filem dan juga siri TV oleh dj2 Entertainment, iaitu penerbit untuk pelbagai filem animasi seperti Sonic the Hedgehog.
It Takes Two merupakan permainan mengenai sepasang suami dan isteri yang sering bergaduh dan hampir bercerai, selepas permintaan oleh anak mereka, kedua-dua mengecil dan perlu melalui pelbagai cabaran untuk kembali menjadi saiz sebenar dan pada masa sama memperbaiki perhubungan mereka.
Buat masa ini, projek ini masih tidak mempunyai platform ataupun studio lagi tetapi ia dikatakan sudah menerima permintaan dari pelbagai platform dan studio. Namun, Pat Casey dan Josh Miller iaitu penulis untuk filem Sonic the Hedgehog akan menulis adaptasi ini.