Selepas beberapa kali ditunda, filem terbaru untuk adiwira popular The Batman akhirnya akan ditayangkan di pawagam pada 3 Mac 2022 kelak. Bersempena dengan tayangan tersebut, GSC telah mengumumkan yang jualan tiket untuknya akan mula dijual pada 10 Februari 2022.

Buat masa ini, hanya GSC yang mengumumkan tarikh ini, manakala TGV yang juga mengesahkan yang filem ini akan turut ditawarkan dengan format IMAX, mengatakan pengumuman mengenai jualan awal tiket akan diumumkan tidak lama lagi.

Warner Bros sebelum ini sudah berkongsi sinopsis untuk filem ini yang anda boleh baca di bawah;

Sudah dua tahun Batman menentang penjenayah jalanan di bandar Gotham, kini bruce Wayne terbabit dengan satu agenda lebih dahsyat. Dengan hanya Alfred dan James Gordon di sisi, bersama-sama mereka menegakkan keadilan untuk penduduk Gotham daripada golongan elit yang terlibat dengan korupsi.

Golongan elit ini pula kemudiannya diancam dengan pelbagai teka-teki, tekaria, dan banyak lagi misteri yang membunuh – Batman mula bertembung dengan watak seperti Selina Kyle/Catwoman (Zoë Kravitz), Oswald Cobblepot/Penguin (Colin Farrell), Carmine Falcone (John Turturro), dan juga Edward Nashton/the Riddler (Paul Dano).

Apabila bukti mula muncul dan rancangan penjenayah mula jelas, Batman perlu bersepekat, merungkai agenda penjenayah dan membebaskan Gotham daripada salah guna kuasa dan korupsi yang sudah lama meracuni bandar Gotham.

Sohor Kini