Pada awal tahun ini, Bandai Namco telah membuka sesi pra-daftar untuk permainan mudah alih seterusnya oleh mereka iaitu My Hero Ultra Impact yang merupakan permainan berdasarkan siri manga serta anime popular My Hero Academia.

Bermula minggu ini, ia sudah boleh dimuat turun di iOS dan juga Android, akan tetapi buat masa ini ia masih lagi sedang diselenggara dan akan mula dibuka bermula esok. Namun, sementara itu anda boleh muat turun terlebih dahulu di App Store dan Play Store.

Permainan ini membawakan bentuk permainan RPG, termasuk bentuk perlawanan 3-v-3. Seperti biasa, anda perlu melatih watak anda, membangunkan Quirk (kuasa), selain turut bekerjasama dengan watak lain dalam menewaskan sesuatu musuh.

My Hero Ultra Impact adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini