The Matrix Resurrections iaitu filem keempat untuk siri cakera sains ini, telah mengutip lebih $153 juta (~RM640 juta) secara global, akan tetapi untuk filem seperti The Matrix jumlah tersebut boleh dikatakan mengecewakan.

Jumlah kutipan yang tidak memberangsangkan ini telah menjadi punca pergaduhan di antara Village Roadshow Entertainment Group dan Warner Bros yang merupakan penerbit bersama untuk filem tersebut. Pergaduhan ini bermula apabila Warner Bros memfailkan saman untuk meminta tunggakan bayaran dari Village Roadshow.

Village Roadshow pula melakukan saman balas dengan mengatakan yang mereka tidak dapat melakukan pembayaran kerana kutipan yang rendah untuk The Matrix Resurrections, dan menurut mereka ia disebabkan keputusan Warner Bros untuk turut menawarkan filem tersebut di HBO Max. Mereka mengatakan yang keputusan tersebut dibuat tanpa meminta kebenaran.

Ini bukanlah pertama kali filem dikeluarkan di perkhidmatan penstriman bersama dengan di pawagam mencetus pergaduhan, Scarlett Johansson juga telah memfailkan saman terhadap Disney kerana menawarkan filem Black Widow di Disney+. Kes saman ini, telah diselesaikan di luar mahkamah.

Buat masa ini kita hanya perlu menantikan kesan diantara pergaduhan Village Roadshow dan Warner Bros ini, akan tetapi jika anda masih belum tonton The Matrix Resurrections, ia sudah ditawarkan di HBO Go dan anda boleh baca ulasan kami di pautan ini; Ulasan The Matrix Resurrections – DLC Yang Tiba Lewat 18 Tahun.

Sohor Kini