itch.io : NFT Adalah Scam

Itch.io, iaitu salah satu laman yang terkenal sebagai laman sehenti dikalangan penerbit indie dalam menerbitkan kandungan – terutamanya permainan, kini mengatakan NFT adalah sebuah penipuan atau scam.

Menurut Itch.io melalui perkongsian di Twitter, mereka menyatakan pendirian dengan mengatakan ia adalah penipuan, dan tidak membantu penerbit – sebaliknya lebih kepada keuntungan semata.

NFT turut dikatakan digunakan untuk mengekploitasi penerbit kandungan, penipuan kewangan dan juga kemusnahan planet.

Itch.io menyatakan pendapat mereka selepas ramai bertanyakaan pendirian platform berkenaan NFT.

Akhir-akhir ini, beberapa syarikat penerbitan permainan video menyatakan sokongan untuk NFT – tetapi menariknya kembali selepas menerima reaksi negatif daripada penyokong. Malah, Ubisoft sendiri yang telah melancarkan koleksi mereka melihat ia tidak laku dan tidak menerima permintaan tinggi daripada pemain permainan mereka.

Sohor Kini