Square Enix pada 28 Oktober lepas telah melancarkan siri permainan baharu iaitu Voice of Card: The Isle Dragon Roars. Ia merupakan permainan kad yang dibangunkan oleh pembangun-pembangun siri Nier seperti Pengarah Kreatif Yoko Taro (Drankengard, Nier), Penerbit Eksekutif Yosuke Saito (Nier), Pengarah Muzik Keiichi Okabe (Drakengard 3, Nier) dan Pereka Watak Kimihiko Fujisaka (Drakengard).

Minggu ini, mereka telah mengumumkan yang akan hadir dengan permainan kedua untuk siri tersebut iaitu Voice of Card: The Forsaken Maiden yang akan dikeluarkan pada 18 Februari 2022 untuk PlayStation 4, Nintendo Switch dan PC.

Mereka mengatakan yang ia adalah pengalaman baharu untuk permainan ini dan tidak memerlukan pemain untuk bermain permainan sebelum ini terlebih dahulu.

Voice of Card: The Forsaken Maiden kini boleh di pra-tempah di PS Store, Nintendo Store dan juga Steam dengan harga RM129. Setiap pra-tempahan DLC Whale of Fortune Pattern dan Ocean Tile Table.

Sohor Kini