Far Cry 6 sebelum ini telah menerima dua penambahan iaitu Vaas: Insanity dan Pagan: Control yang membolehkan pemain menjadi dua watak antagonis utama dari permainan Far Cry yang lepas iaitu Vaas dan juga Pagan.

Minggu ini, Ubisoft telah mengumumkan yang penambahan ketiga, iaitu Joseph: Collapse akan dikeluarkan pada 8 Februari 2022. Melaluinya pemain boleh mengawal Joseph iaitu watak antagonis utama dari Far Cry 5.

Penambahan ini akan menyertakan mod permainan baharu iaitu roguelite, di mana pemain akan mengawal mana-mana daripada tiga watak jahat tersebut, dan dapat mengenali mengenai pemikiran dalaman mereka.

Far Cry 6 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, dan PC melalui Ubisoft Store dan juga Epic Games Store. Anda boleh baca ulasan kami melalui pautan ini; Ulasan Far Cry 6 – Permainan Yang Perlukan Revolusi Segera.

Sohor Kini