Tango Gameworks dan Bethesda sebelum ini telah berkongsi video bentuk permainan baharu untuk Ghostwire: Tokyo, bersama dengan perkongsian tersebut, mereka juga telah mengumumkan yang sesi pra-tempahan untuknya kini dibuka melalui PS Store, Steam dan Epic Games Store.

Di PS Store, ia ditawarkan dengan harga RM249 untuk edisi biasa, RM339 untuk edisi Deluxe yang menyertakan akses awal selama 3 hari dan juga barangan di dalam permainan. Bagi pelanggan PS Plus, pemain akan mendapat potongan 10% untuk mana-mana edisi.

Bagi pemain di PC pula, kedua-dua Steam dan juga Epic Games Store tawar dengan harga RM179.99 untuk edisi biasa dan RM239 untuk edisi Deluxe. Setiap pra-tempahan pemain juga akan mendapat kostum Biker dan Hannya.

Sesi pra-tempahan untuk versi fizikal akan bermula pada 15 Februari 2022 di mana-mana pengedar rasmi PlayStation dan juga Sony Store. Setiap pembelian, pemain boleh memilih satu daripada dua rekaan steelcase, tetapi ia adalah selagi stok masih ada.

Ghostwire: Tokyo akan dikeluarkan pada 25 Mac 2022 untuk PlayStation 5 dan PC, sebagai permainan eksklusif buat masa terhad.

Sohor Kini