Mihoyo telah mengumumkan yang kemaskini utama seterusnya untuk Genshin Impact iaitu Versi 2.5 akan bermula pada 16 Februari 2022, walaupun tidak menyertakan kawasan baharu seperti kemaskini-kemaskini sebelum ini akan tetapi ia menyertakan sambungan kepada penceritaan-penceritaan sebelum ini dan juga cabaran baharu di kawasan sedia ada.

Antaranya adalah Enkanomiya iaitu kawasan bawah tanah yang dibuka semasa kemaskini lepas kini akan menawarkan cabaran baharu, melalui acara “Three Realms Gateway Offering”, akibat oleh sesuatu perkara yang misteri, apabila pemain memasuki kawasan ini, corrosive darkness akan berlaku dan pemain akan menggunakan Bokuso Box yang dapat mengurangkan kesannya dan juga memberi kebolehan baharu.

Pemain perlu mengembara, membuka peti ataupun waypoint untuk mempertingkatkan lagi tahap Bokuso Box ini. Acara ini akan berlangsung sepanjang kemaskini 2.5 dan pemain akan berpeluang untuk mendapatkan Primogems dan juga senjata catalyst 4 bintang – Oathsworn Eye.

Pemain juga akan menjumpai pelbagai penjahat baharu seperti Standard Bearers, Line Breakers, dan Defenders of the Shadowy Husk Family di Enkanomiya, dan bahagian lain di Inazuma akan disertakan Trounce Domain baharu bersama dengan sambungan kepada penceritaan yang berkait dengan Raiden Shogun, di mana ia menjanjikan cabaran kepada pemain melalui mekanik pertempuran sukar.

Watak baharu yang akan tiba di dalam kemaskini ini adalah Yae Miko iaitu watak 5-bintang yang merupakan pengguna Catalyst dengan elemen Electro. Yae Miko berkeupayaan untuk memberi serangan berterusan dan juga serangan burst yang tinggi. Event Wish untuk Yae Miko akan tiba pada awal kemaskini ini, selain itu Event Wish untuk Raiden Shogun dan Sangonomiya Kokomi juga akan ditawarkan semula.

Melalui acara “Divine Ingenuity”, pemain boleh menghasilkan domain tersendiri dengan meletakkan kawasan berbeza, perangkap dan cara untuk menyelesaikannya. Pemain boleh berkongsi rekaan tersebut kepada pemain lain, ataupun mencuba Domain yang direka oleh mereka.

Genshin Impact sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, PC, iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini