Rockstar Games kini mengesahkan Grand Theft Auto versi baru dalam pembangunan aktif. Ini sekaligus menamatkan pelbagai spekulasi berkaitan GTA6 sebelum ini, dan pada masa yang sama menjadikan ia buat pertama kali pihak Rockstar mengesahkan pembangunan versi baharu GTA.

Walaubagaimanapun, info penuh berkenaan dengannya masih tidak diketahui. Rockstar mengatakan mereka akan berkongsi lanjut berkenaan dengan perkembangan pembangunan permainan berkenaan apabila mereka bersedia kelak.

Apa pun, Rockstar menjanjikan mereka akan menawarkan sesuatu yang lebih baik berbanding versi sebelumnya.

Sebelum ini, GTA5 telah diperkenalkan pada tahun 2013 yang lepas, sekaligus membuatkan ramai menantikan pengenalan GTA6.

Sohor Kini