That ’70s Shows adalah antara sitkom yang cukup lucu pada aku. Antara pelakon utama sitkom ini adalah Topher Grace (Venom dalam Spider-Man 3) sebagai Eric, Laura Prepon sebagai Donna, Mila Kunis sebagai Jackie Burkhart dan Ashton Kutcher sebagai Michael Kelso. Seperti judul sitkom ini, ia berlaku pada sekitar tahun 1970-an dan memfokuskan kepada sekumpulan remaja bermasalah.

Terkini, Netflix buat pertama kali bakal hadir dengan sekuel kepada sitkom ini iaitu That ’90s Show.

Sama seperti That ’70s Show, sitkom ini akan bertempat di Point Place, Wisconsin dan akan memfokuskan kepada Gwen, Leia Foreman (anak Eric dan Donna), Jay, Nate, Ozzie, Nikki, dan yang paling menarik Kurtwood Smith dan Debra Jo Rupp akan kembali sebagai Red dan Kitty Forman.

Sitkom ini akan mempunyai 10 episod dan Leia sebagai watak utama sedang menziarahi atuk dan nenek beliau Red dan Kitty. Leia kemudiannya mula berkenalan dengan remaja seusia di Point Place dan mula melakukan masalah yang menghuru-harakan keadaan serta memberi kerisauan kepada atuk dan nenek beliau.

Menurut Deadline, Netflix masih lagi dalam proses rundingan bersama Grace, Prepon, Mila Kunis dan Ashton Kutcher untuk turut melibatkan diri dalam sekuel sitkom ini.

Sohor Kini