Tango Gameworks dan Bethesda hari ini telah berkongsi lanjut mengenai permainan seterusnya oleh mereka iaitu Ghotwire: Tokyo. Melaluinya, pemain diperlihatkan bagaimana pemain akan mengembara dan juga bertempur.

Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

Di dalam video tersebut, diperlihatkan yang pemain dapat melakukan pelbagai jenis kuasa yang juga mempunyai elemen berlainan. Selain itu, ia juga menekankan penggunaan tali yang boleh digunakan untuk bertempur dan juga mencapai tempat-tempat yang tinggi.

Ghotwire: Tokyo akan dikeluarkan pada 25 Mac 2022 untuk PlayStation 5 dan PC, sebagai permainan eksklusif buat masa terhad. Sesi pra-tempahan untuknya juga sudah dibuka dengan ditawarkan dengan harga RM249 untuk PS5 dan RM179.99 di Steam.

Sohor Kini