Pada tahun lepas, San Diego Studio iaitu studio di bawah PlayStation Studios telah membuat kejutan apabila mengumumkan yang permainan simulasi sukan besbol mereka iaitu MLB The Show 21 akan turut dikeluarkan untuk Xbox One dan Xbox Series selepas hanya dikeluarkan untuk PlayStation sebelum ini.

Terkini, melalui MLB The Show 22, mereka telah menambah satu lagi konsol iaitu Nintendo Switch, di mana MLB The Show 22 akan dikeluarkan pada 5 April 2022 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan Nintendo Switch.

Mereka juga mengumumkan yang ia akan menyokong fungsi rentas platform dan rentas simpanan, membolehkan pemain menggunakan kemajuan yang sama tidak kira platform mana mereka bermain dan dapat juga bermain bersama dengan rakan-rakan di platform lain.

Seperti MLB The Show 21, permainan untuk tahun ini juga akan ditawarkan melalui Xbox Game Pass pada hari pertama pelancaran.

Sohor Kini