Ketika acara bersama dengan media (dilaporkan oleh anitrendz), Netmarble telah mengumumkan yang mereka sedang membangunkan permainan video berdasarkan komik popular dari Korea Selatan Solo Leveling. Ia dikatakan adalah untuk PC dan juga peranti pintar.

Anda boleh tonton treler untuknya di bawah.

Solo Leveling ataupun juga dikenali sebagai ‘Only I Level Up’ memfokuskan kepada watak Sung Jinwoo yang telah dipilih oleh satu ‘sistem’ untuk menjadi pemburu yang berkuasa. Siri komik untuknya versi utama bermula pada tahun 2018 dan berakhir pada tahun lepas. Namun, versi asal dikeluarkan pada tahun 2016.

Di pengumuman yang sama, Netmarble juga mengatakan sedang membangunkan permainan dunia terbuka berdasarkan siri The Seven Deadly Sins, iaitu The Seven Deadly Sins: Origin.

Sohor Kini