Ketika genre battle royale meletup melalui hadirnya PUBG, diikuti dengan Fortnite serta Apex Legends dan Call of Duty Warzone, tidak mengejutkan apabila pada tahun 2020, Ubisoft mengumumkan permainan battle royale mereka sendiri iaitu Hyper Scape.

Namun, kurang 2 tahun kemudian, Ubisoft telah mengumumkan yang Hyper Scape akan ditutup bermula pada 28 April 2022 selepas mendapat sambutan yang kurang memberangsangkan. Walaupun baru sahaja diumumkan, akan tetapi ia sudah dijangkakan sebelum ini apabila mereka mengumumkan satu lagi permainan battle royale iaitu Ghost Recon Frontline.

Bersama dengan pengumuman tersebut, Ubisoft juga mengambil kesempatan untuk berterima kasih kepada pemain yang terus menyokong permainan tersebut sebelum ini. Hyper Scape dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini