SEGA dan Two Point Studio telah berkongsi treler baharu untuk permainan seterusnya oleh mereka iaitu Two Point Campus. Melaluinya, mereka juga telah mengumumkan yang permainan tersebut akan dikeluarkan pada 17 Mei 2022 untuk PlayStation, Xbox, Nintendo Switch dan PC. Ia akan menyertai Xbox Game Pass pada hari pertama pelancaran.

Anda boleh tonton treler tersebut di bawah.

Meneruskan kejayaan daripada Two Point Hospital, Two Point Campus akan memberi tugasan kepada pemain untuk membina dan mengurus kampus sendiri. Seperti Hospital, Campus ini juga akan mempunyai pelbagai elemen jenaka seperti seperti kursus untuk menjadi ahli sihir, badut ataupun detektif.

Sohor Kini