Kita akhirnya memasuki bulan Februari dan Microsoft telah mengumumkan senarai permainan yang akan menyertai perkhidmatan Xbox Game Pass mereka bagi pertengahan pertama untuk bulan ini. Antara permainan yang disertakan adalah permainan baru dilancarkan seperti Crossfire X.

Selain itu, mereka juga mengumumkan beberapa permainan menarik yang akan dikeluarkan dari penawaran Xbox Game Pass, antaranya adalah Control dan The Medium. Oleh itu, pastikan anda menghabiskan permainan ini sebelum ia tidak lagi ditawarkan.

Berikut adalah permainan yang diumumkan menyertai Xbox Game Pass;

  • Contrast (Xbox, Cloud) – Sudah tiba
  • Dreamscapper (Xbox, Cloud, PC) – Sudah tiba
  • Telling Lies (Xbox, Cloud, PC) – Sudah tiba
  • Besiege (Xbox, Cloud, PC) – 10 Februari
  • Crossfire X (Xbox) – 10 Februari
  • Edge of Eternity (Xbox, Cloud, PC) – 10 Februari
  • Skul: The Hero Slayer (Xbox, Cloud, PC) – 10 Februari
  • The Last Kids on Earth and the Staff of Doom (Xbox, Cloud, PC) – 10 Februari
  • Ark: Ultimate Survival Edition (Xbox, Cloud, PC) – 14 Februari
  • Infernax (Xbox, Cloud, PC) – 14 Februari

Manakala, senarai permainan yang akan meninggalkan Xbox Game Pass pada 15 Februari adalah seperti berikut;

  • Control
  • Code Vein
  • Final Fantasy XIII The Zodiac Age
  • The Medium
  • Project WInter
  • The Falconeer

Permainan-permainan tersebut ditawarkan dengan harga 20% jika anda ingin mendapatnya secara penuh.

Bagi anda yang ingin mengetahui lanjut, ataupun ingin mengetahui cara untuk melanggan Xbox Games Pass for PC anda boleh membacanya di artikel – 5 Tip Penggunaan Xbox Game Pass for PC.

Sohor Kini