Activision Blizzard berbanding melakukan perkongsian dengan pelabur untuk prestasi kewangan mereka telah berkongsi pengumuman secara bertulis sahaja. Mereka mengatakan ini adalah disebabkan proses pengambil-alihan oleh Microsoft masih lagi berlaku.
Antara perkara menarik yang diumumkan oleh mereka adalah Blizzard sedang merancang untuk hadir dengan kandungan baharu bagi permainan Warcraft mereka, dan antaranya adalah untuk permainan mudah alih.
Warcraft yang dinyatakan berkemungkinan merujuk kepada World of Warcraft iaitu permainan MMO mereka. Buat masa ini tidak disahkan lagi jika permainan mudah alih tersebut adalah genre MMO ataupun sekadar menggunakan watak daripada siri Warcraft sahaja, seperti permainan Hearthstone.
Microsoft sebelum ini telah mengumumkan niat mereka untuk mengambil-alih Activision Blizzard dengan bayaran mencecah sehingga $70 bilion.
Rujukan: The Verge