Sudah sebulan tahun 2022 berlalu dan kita sudah pun dapat menikmati pelbagai kandungan menarik yang boleh distrim di Netflix. Baru-baru ini, Netflix berkongsi perancangan mereka untuk filem-filem tahun 2022.
Terdapat lebih 80 filem yang Netflix rancang untuk diterbitkan pada tahun ini. Ada banyak daripada mereka sendiri iaitu Netflix Originals, ada juga yang mereka beli untuk hak penstriman. Antara filem menarik adalah;
Ryan Reynolds, Jennifer Garner, Mark Ruffalo dan Zoe Saldaña dalam The Adam Project. Charlize Theron dan Kerry Washington dalam The School for Good and Evil, Jamie Foxx dalam filem aksi Day Shift serta filem seram They Cloned Tyrone.
Jordan Peele dan Keegan-Michael Key turut kembali dalam animasi gerak-henti Wendell & Wild, bosan dengan gandingan The Rock dan Kevin Hart? Tahun ini Kevin Hart akan bersama Mark Wahlberg pula dalam Me Time, Jonah Hill dan pelakon komedi klasik Eddie Murphy akan muncul dalam filem You People. Rindukan filem Adam Sandler? Beliau akan berlakon dalam filem Hustle dan Spaceman. Peminat misteri dan penyiasatan akan temui Millie Bobby Brown dan Henry Cavill dalam Enola Holmes 2. Ryan Gosling dan Chris Evans pula ada filem The Gray Man dan antara yang ramai nantikan ramai adalah filem lakonan Daniel Craig arahan Rian Johnson – Knives Out 2.
Maklumat lanjut mengenai setiap filem boleh dilihat pada laman Tudum. Tarikh siaran juga turut didedahkan bersama-sama dengan sinopsis filem.