Epic Games Store telah menawarkan satu permainan percuma untuk tawaran mingguan mereka iaitu Yooka-Laylee and the Impsible Lair. Tawaran ini adalah bermula sekarang dan pemain boleh tebus sehingga 11 Februari 2022.

Yooka-Layle merupakan permainan platformer yang dibangunkan oleh Playtonic Games dan diterbitkan oleh Team 17, ia adalah permainan sampingan untuk siri Banjo-Kazooie. Pemain akan mengawal dua watak dan perlu melalui pelbagai kawasan dengan menyelesaikan tekaria.

Pada tahun lepas, ia pernah ditawarkan secara percuma di Epic Games Store, oleh itu anda berkemungkinan sudah memilikinya. Jika tidak, anda boleh tebus melalui pautan ini.

Selepas tawaran ini berakhir, mereka akan gantikan dengan satu permainan juga iaitu WindBound bermula pada 11 Februari ini.

Sohor Kini