Subway Surfers adalah permua berlari tanpa henti yang cukup popular pada suatu ketika dahulu. Permua ini antara permua yang dimainkan oleh semua orang sebaik memiliki peranti pintar, tidak kira iOS atau Android.

Ia juga menarik kerana ada tema negara tersendiri mengikut musim. Terkini pembangun di sebalik permua ini iaitu Kiloo telah hadir dengan permua baru dengan konsep yang sama iaitu MetroLand. Apa yang menarik adalah, permua ini dilancarkan secara eksklusif kepada pengguna Huawei dan hanya bolehj dimuat turun melalui gedung aplikasi AppGallery.

Permua ini hadir dengan rekaan serba baharu, pengalaman permainan yang lebih baik serta kemampuan mengubah banyak elemen oleh pemain untuk menyesuaikan lagi dengan citarasa masing-masing. Ia juga menggunakan tema bandar metro dengan berlaku di pelbagai bandar yang sibuk. Setiap bandar berbeza boleh dinyahkunci dengan bermain permua ini sambil melengkapkan misi.

Misi utama permua ini adalah untuk menentang kejahatan sebuah syarikat konglomerat MegaCorp.

Tiada maklumat lanjut sama ada permua ini akan dikembangkan ke platform lain, atau kekal eksklusif untuk pengguna Huawei sahaja.

Sohor Kini