Nintendo hari ini telah berkongsi prestasi kewangan mereka bagi suku ketiga untuk tahun fiskal 2021/2022 yang berakhir pada bulan Disember lepas. Melaluinya mereka telah berkongsi jumlah konsol Nintedo Switch terjual dan juga permainan mereka yang terlaris.

Bagi konsol Nintendo Switch, sepanjang bulan Oktober sehingga Disember, ia telah terjual sebanyak 10.67 juta unit, jauh mengatasi PlayStation 5 yang terjual 3.9 juta unit untuk tempoh yang sama. Jualan terbaru ini menjadikan Nintendo Switch kini terjual sebanyak 103.54 juta unit secara keseluruhan, sekali gus mengatasi rekod yang dipegang oleh Wii sebagai konsol rumah terlaris oleh mereka.

Bagi pecahan mengikut model pula, Nintendo Switch terjual sebanyak 81.68 juta unit, Nintendo Switch Lite 17.87 juta unit dan Nintendo Switch OLED, 3.99 juta unit.

Bagi jualan permainan oleh mereka pula, Mario Kart 8 Deluxe masih lagi di tempat pertama dengan 43.35 juta unit terjual, Animal Crossing: New Horizons di tempat kedua dengan 37.62 juta unit, dan Super Smash Bros. Ultimate dengan 27.40 juta unit terjual.

Permainan baharu yang memasuki senarai 10 terlaris adalah Pokemon Brilliant Diamond/Shining Pearl yang terjual sebanyak 13.97 juta unit setakat 31 Disember, dengan kata lain, ia hanya mengambil sebulan sahaja untuk mencapai jumlah tersebut.

Sohor Kini