Apple Arcade telah mengumumkan yang sebagai penawaran untuk bulan Februari, mereka akan membawa empat permainan mudah alih baharu di dalam perkhidmatan langganan tersebut. Empat permainan yang diumumumkan adalah Bridge Constructor+, Bloons TD 6+, Wylde Flowers dan Gibbon: Beyond the Tree.

Bridge Constructor+ dan Bloons TD 6+ akan dikeluarkan pada 4 Februari serta 11 Februari 2022, ia merupakan permainan yang sudah dikeluarkan sebelum ini dan melalui Apple Arcade, ia ditawarkan secara percuma tanpa menyertakan sebarang pembelian di dalam aplikasi.

Bridge Constructor+ adalah permainan oleh Headup dan merupakan permainan tekaria menghasilkan jambatan. Manakala Bloons TD 6+ oleh Ninja Kiwi adalah permainan Tower Defense yang juga menyertakan mod multi-pemain.

Wylde Flowers dan Gibbon: Beyond the Trees pula adalah dua permainan baharu yang akan dikeluarkan secara eksklusif untuk Apple Arcade. Ia akan dikeluarkan pada 18 Februari dan 25 Februari 2022.

Wylde Flowers oleh Studio Drydock merupakan permainan simulasi berkebun yang akan melibatkan ahli sihir. Permainan ini tidak akan menyertakan pertempuran akan tetapi akan mempunyai penceritaan dan perwatakan yang mendalam.

Manakala Gibbon: Beyond the Trees oleh Broken Rules adalah permainan pengembaraan yang perlu melalui kawasan hutan yang terdapat banyak halangan. Pemain perlu menggunakan pelbagai jenis pergerakan untuk melepasi kawasan tersebut.

Apple Arcade ditawarkan dengan harga RM19.90 yang boleh dikongsi dengan 5 orang keluarga, ia juga boleh diperoleh melalui langganan Apple One yang juga menyertakan Apple Music dan Apple TV+ dengan harga RM19.90 untuk pelan individu dan RM33.90 untuk pelan keluarga.

Anda juga boleh baca 10 permainan menarik untuk anda cuba jika memiliki langganan Apple Arcade ataupun bercadang untuk mendapatkannya: 10 Permainan Baharu Di Apple Arcade Yang Menarik.

Sohor Kini