Roll7 dan Private Division minggu ini telah mengumumkan yang pelakon terkenal iaitu Danny Trejo, yang dikenali ramai sebagai Machete, dan juga antara pelakon di dalam siri terbaru Boba Fett, akan mempunyai watak sendiri di dalam permainan OlliOlli World.

Pemain akan mula menjumpai watak Danny Trejo pada 8 Februari ini yang juga tarikh pelancaran untuk permainan tersebut. Melaluinya, pemain akan diberikan misi sampingan untuk diselesaikan oleh Danny Trejo, dengan kata lain cabaran dan mungkin peringkat baharu untuk memberi peluang pemain mendapatkan barangan kosmetik.

OlliOlli World akan dikeluarkan pada 8 Februari untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC.

Sohor Kini