Wiroes Studio sebelum ini telah hadir dengan komik pengenalan untuk Mighty Knight Bayu iaitu Mighty Knight Bayu : Serangan Native Prime Klawaq yang boleh didapatkan melalui Shopee dan ia juga telah menjadi komik bergerak yang anda boleh tonton melalui video di bawah.

Terkini, mereka telah mengumumkan yang ia akan menerima satu siri komik baharu dan isu pertama untuknya sudah boleh mula di pra-tempah melalui Shopee, dan ia juga dikatakan akan ditawarkan di kedai buku Popular. Ia akan dilancarkan secara rasmi sekitar bulan Februari.

Mighty Knight Bayu sepatutnya menerima siri aksi nyata akan tetapi diakibatkan pandemik covid-19, projek tersebut telah ditunda dan sekurang-kurangnya kini anda boleh mengikut perkembangan terbaru mengenai adiwira Tokusatsu tempatan ini melalui komik.

Sohor Kini