Sony kini mengumumkan mereka akan hadir dengan 10 permainan berbentuk jangka masa panjang (Live Service Games) dalam tempoh empat tahun akan datang.

Permainan berbentuk khidmat langsung atau jangka masa panjang ini hadir dengan permainan yang sering dikemaskini dengan kandungan baharu dari masa ke semasa, sekaligus memberikan masa bermain untuk tempoh masa yang lebih lama. Ini berbeza dengan beberapa permainan perseorangan yang terkenal ditawarkan oleh Sony, yang habis dimain dalam beberapa jam. Langkah ini juga akan mengikat pemain untuk tempoh lebih lama, dan memastikan sesuatu IP itu terus kekal aktif untuk tempoh yang lama.

Sony sedia mengambil-alih Bungie sebelum ini, yang terkenal dengan permainan Destiny yang sering menambah penceritaan dan kandungan baharu.

Bungie turut dikatakan sedang membangunkan IP baharu, yang mungkin akan menjadi sebahagian daripada 10 permainan berkenaan.

Sohor Kini