EA Play merupakan salah satu perkhidmatan langganan yang disediakan oleh Electronic Arts, memberikan akses kepada sejumlah kandungan permainan, selain koleksi permainan video untuk dimainkan pada pelbagai platform.

Kini, ketika berkongsi pengumuman penyata kewangan mereka, EA kini turut memberikan bayangan yang mana EA Play akan diperluaskan dan mungkin menawarkan kandungan selain permainan.

Ini juga selari dengan pelbagai IP permainan masa kini yang diperluaskan bukan sekadar permainan video, tetapi juga dijadikan filem serta siri-TV.

Buat masa ini, pihak EA tidak berkongsi lanjut berkenaan apakah yang mereka akan tawarkan lagi melalui EA Play pada masa akan datang.

Sohor Kini