Industri permainan video masih berhati-hati dengan dunia NFT. Ramai peminat permainan video tidak menyukai jenama kegemaran mereka menyertai NFT, dan sering menyatakan protes secara terbuka. Ini sekaligus membuatkan beberapa syarikat yang menarik kembali penawaran selepas dilancarkan.

Electronic Arts sendiri, selepas menyatakan NFT sebagai masa depan industri beberapa bulan yang lepas, kini menyatakan mereka tidak memfokuskan kepadanya.

Ketika EA menyatakan hasrat mereka beberapa bulan lepas, ia sendiri menerima kritikan ramai di arena internet. Ramai yang masih mempersoalkan kesan persekitaran yang dibawa olehnya – disamping apakah keperluan NFT itu sendiri.

Sebelum ini, Sega turut telah mengatakan tidak akan terlibat dengan NFT, selain Team17 yang membatalkan penawaran NFT hanya dalam tempoh 24 jam selepas pengenalan.

Sohor Kini