Team17 Menamatkan Projek NFT Mereka, MetaWorms

Pada awal minggu ini, Team17 yang terkenal dengan permainan Worms, telah pun memperkenalkan projek NFT mereka tersendiri, dinamakan MetaWorms. Namun, kini selang 24 jam selepas pengenalannya, pihak Team17 menarik balik, dan menamatkan projek NFT berkeenaan.

Team17 mengatakan mereka telah mendengar pandangan daripada rakan kerja, rakan pembangunan dan juga kompuniti, sekaligus mengambil-langkah untuk mengelak daripada menyertai ruangan NFT ini.

Selain daripada kritikan ramai berkenaan langkah Team17 menyertai arena NFT, beberapa pembangun permainan terkemuka yang diterbitkan oleh Team17 turut menyatakan tidak bersetuju dengan langkah Team17 menyertai NFT ini.

Sehingga ke hari ini, komuniti peminat permainnan video konsisten dalam menyuarakan tidak bersetuju dengan NFT, selain impak persekitaran yang dibawakan olehnya.

Sohor Kini