Discord, platform bersosial atas talian untuk golongan gamer baru-baru ini mengeluarkan kenyataan mengatakan bahawa pengguna mereka akan boleh menyambungkan akaun PlayStation Network mereka kepada platform tersebut.

Jika sebelum ini pengguna hanya boleh memperlihatkan permainan yang dimainkan pada komputer mereka, dengan pengenalan ciri ini tidak lama lagi pengguna boleh memperlihatkan permainan yang sedang dimainkan pada konsol Sony PlayStation 4 dan juga PlayStation 5.

Untuk mengaksesnya, pengguna hanya perlu ke menu tetapan pengguna, dan memasukkan emel akaun PSN dan juga kata laluan di bahagian Connections.

Buat masa ini, ciri sambungan akaun PSN ini hanya mula diperkenalkan untuk pasaran Amerika Syarikat terlebih dahulu, dan akan tiba untuk semua pengguna Discord tidak lama lagi.

Sumber: Discord

Sohor Kini