Sony Interactive Entertainment hari ini telah mengumumkan yang mereka telah di dalam proses untuk mengambil alih studio pembangunan Bungie, iaitu pembangun bagi permainan seperti Destiny dan juga pencipta untuk siri Halo.

Pengambil-alihan ini dikatakan bernilai $3.8 bilion dan ia hadir tidak lama selepas pengumuman besar oleh Microsoft di mana mereka mengambil alih Activision Blizzard. Bungie juga berkongsi yang walaupun dengan pengambil-alihan ini, mereka akan terus mempunyai kebebasan kreatif untuk Destiny dan juga permainan yang dibangunkan oleh mereka.

Bungie ditubuhkan pada tahun 1991, sebelum menyertai Microsoft pada tahun 2000 di mana mereka hadir dengan permainan pertama untuk Halo iaitu Halo: Combat Evolved yang boleh dikatakan sebagai permainan utama untuk Xbox.

Mereka meninggalkan Microsoft pada tahun 2007, tetapi terus berkerjasama untuk membangunkan Halo. Permainan terakhir oleh mereka bagi IP tersebut adalah Halo: Reach yang dikeluarkan pada tahun 2010. Pada tahun 2013, mereka melancarkan Destiny dan Destiny 2 yang dikeluarkan pada tahun 2017 menjadi satu-satunya permainan oleh mereka buat masa ini.

Sohor Kini