Harry Potter : Wizards Unite Ditamatkan Sepenuhnya

Harry Potter : Wizards Unite merupakan salah satu permainan yang dibangunkan oleh Niantic. Ia telah diperkenalkan pada tahun 2019 yang lepas, dengan harapan dapat meneruskan kejayaan populariti Pokemon Go, tetapi dalam variasi dunia magis Harry Potter.

Harry Potter : Wizards Unite ini telah pun dibuang daripada kedai aplikasi pada bulan Disember 2021 lepas, dan hari ini, ia telah berhenti daripada boleh dimainkan.

Sementara Pokemon Go masih aktif dimainkan sehingga hari ini, nampaknya peminat Harry Potter tidak ramai yang berminat dengan permainan ini, membawa kepada penamatan penawaran permainan ini.

Sohor Kini