Getting Over It ialah sebuah permainan platform dimana anda memainkan seorang watak lelaki didalam sebuah kawah, dan menggunakan sebatang tukul besar untuk melepasi pelbagai halangan dan memanjat sebua bukit sehingga anda sampai ke destinasi anda.

Keunikan permainan ini ialah anda tidak boleh mati, dan sejauh mana anda mampu pergi, satu kesilapan boleh membuatkan anda kembali ke titik permulaan permainan ini.

Bennett Foddy, pembangun di sebalik Getting Over It hari ini berkata beliau berminat untuk melesenkan tajuk permainan Getting Over It secara percuma sekiranya ada sesiapa di Hollywood yang berminat untuk membuat sebuah filem berdasarkan permainan tersebut.

Ciapan tersebut dibuat sebagai respon kepada sebuah lagi ciapan yang mencadangkan The Rock memainkan watak permainan tersebut. Bennett dilihat tidak begitu menghiraukan samada filem tersebut adalah popular ataupun tidak, dan berkata hanya mahu melihat tajuk tersebut dijadikan sebuah filem, dengan mencadangkan nama-nama seperti pengarah filem Uwe Boll dan pelakon Mark Wahlberg juga.

Sohor Kini