Kita akan mempunyai satu cuti yang panjang minggu ini, bermula esok sehinggalah Khamis bagi yang bekerja di Wilayah Persekutuan. Oleh itu, antara cara terbaik untuk mengisinya adalah dengan bermain permainan video dan anda boleh dapatkan permainan-permainan baharu melalui pelbagai jualan promosi termasuk juga di Steam.

Jualan Promosi Tahun Baharu Cina di Steam telah pun bermula sejak minggu lepas dan akan berlansung sehingga 3 Februari 2022, oleh itu jangan terlepas jika anda sudah meletakkan mana-mana permainan di dalam senarai hajat.

Berikut adalah antara permainan menarik yang ditawarkan;

  • Control: Ultimate Edition – RM47.70
  • It Takes Two – RM79.50
  • Sekiro: Shadows Die Twice – RM109.50
  • Red Dead Redemption 2 – RM109.50
  • Cyberpunk 2077 – RM109.50
  • Forza Horizon 5 – RM179.10
  • Resident Evil Village – RM124.00
  • Hades – RM28.60
  • Disco Elysium – The Final Cut – RM26.00
  • Tales of Arise – RM141.75

Selain Steam, Epic Games Store juga sedang menganjurkan jualan promosi sehingga 10 Februari, mereka juga menawarkan Daemon x Machina secara percuma.

Sohor Kini