Riot Games SEA dengan kerjasama bersama dengan Carry Live dan Garena telah mengumumkan yang kejohanan Pacific Championship Series (PCS) 2022 untuk Spring Split akan bermula pada 11 Februari 2022 dengan 10 pasukan dari Asia Tenggara, Hong Kong, Taiwan dan Macau.

Daripada 10 pasukan, 6 pasukan adalah pasukan yang pertama kali menyertai PCS, berikut adalah pasukan-pasukan yang terlibat;

  • SEM9 (Malaysia)
  • CTBC Flying Oster (Taiwan)
  • Deep Cross Gaming (Taiwan)
  • Frank Esports (Hong Kong)
  • Hurricane Gaming (Taiwan)
  • Impunity Esports (Singapura)
  • Mega Bank Beyond Gaming (Taiwan)
  • Meta Falcon Team (Taiwan)
  • PSG Talon (Hong Kong)
  • Taipei J Team (Taiwan)

Setiap perlawanan akan distrim secara langsung melalui channel rasmi untuk League of Legends, dan akan tiba di dalam empat bahasa iaitu Inggeris, Mandarin, Cantonese dan Thai.

Leauge of Legends sudah dikeluarkan untuk PC. Versi telefon pintar iaitu Wild Rift juga sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini