Filem The Matrix Resurrections ditayangkan di pawagan Malaysia pada bulan Disember tahun lalu. Bagi mereka yang terlepas menonton sekuel kepada trilogi The Matrix in, anda boleh menstrimnya apabila ia ditayangkan di HBO GO bermula 5 Februari ini.

Sambutan terhadap filem ini adalah bercampur baur dengan ada yang merasakan ia sambungan yang baik dan ada juga yang mengatakan bahawa ia tidak cukup serius sehingga mencemarkan legasi filem yang cukup berpengaruh mengubah dunia kesan khas.

Bagi yang belum menonton, Resurrections menceritakan apakah yang berlaku kepada Neo selepas beliau mati di penghujung Revolutions. Bagaimanakah beliau masih hidup dan adakah dunia berubah untuk menjadi lebih baik selepas Neo berjaya mengalahkan Agent Smith 18 tahun lalu.

Sohor Kini