Zenimax telah mengumumkan yang penambahan seterusnya untuk The Elder Scrolls Online iaitu High Isle: Legacy of the Bretons akan dilancarkan pada 6 Jun 2022 di PC dan 21 Jun 2022 di PlayStation dan Xbox.

Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Penambahan kali ini akan membawa pemain ke High Isle iaitu satu kawasan baharu dan akan terlibat di dalam pergaduhan politik dan juga peperangan ‘Three Banners’. Pemain juga akan menemui satu kumpulan iaitu The Ascendant Order yang mempunyai rahsia tersendiri.

Selain itu, mereka juga telah mengumumkan penambahan pilihan Companions iaitu Ember yang merupakan seorang Khajit dan Isoble seorang Breton. High Isle juga akan mempunyai mod baharu iaitu Tales of Tribute, permainan membina yang mempunyai PvP dan PvE.

The Elder Scrolls Online sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Ia juga boleh dimainkan di PlayStation 5 dan Xbox Series melalui keserasian belakang.

Sohor Kini