Pusingan terakhir untuk peringkat liga bagi Free Fire Challenger Series Malaysia (FFCM) baru sahaja selesai semalam dan 12 pasukan yang berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir kini diketahui. Tiga teratas bagi pusingan liga adalah Geek Fam, Todak dan Team Princess.

Blacklist International pula masih lagi berada di kedudukan keempat, walaupun telah menerima penalti sebanyak 80 markah kerana lewat memasuki pertandingan ketika hari ke-5 kejohanan. Mereka mengumpul 319 markah.

Pasukan lain yang layak adalah Freedom Rumble, ICON, Secret Xpert, Epic, AKO Steady Squad, Sorry Roar, EWG dan Metrixx. Manakala 6 pasukan yang tersingkir adalah NoXscape Umbrella, 2Beradik, Newgank, Devor4r, Hero dan MND Diehard.

Pusingan akhir akan berlangsung pada 5 Februari ini di mana mereka akan merebut RM125 Ribu hadiah terkumpul dan 6 pasukan terbaik juga akan mendapat slot untuk ke MCP Majors Musim Ketiga.

Sohor Kini