Halo boleh dikatakan sebagai wajah kepada Xbox, menjadi satu permainan yang telah dikeluarkan di setiap generasi Xbox, termasuk juga untuk generasi terkini melalui Halo: Infinite. Bahkan, jika anda melihat kot Xbox Series X, Master Chief adalah penghias kotak tersebut.

Seperti diumumkan sebelum ini, Halo telah menerima sentuhan siri TV aksi nyata yang akan disiarkan di Paramount+. Hari ini, mereka telah berkongsi treler penuh dan juga telah mengumumkan tarikh siaran adalah pada 24 Mac 2022.

Siri ini diarahkan oleh Jonathan Liebesman untuk 4 episod, Otto Bathurst dan Roel Reiné untuk 2 episod, dan Jessica Lowrey untuk 1 episod. Manakala penulis adalah Steven Kane.

Paramount+ adalah perkhidmatan penstriman oleh ViacomCBS dan hanya ditawarkan di beberapa negara sahaja. Bagi penonton di Malaysia, buat masa ini tidak disahkan lagi jika ia akan di bawa oleh mana-mana perkhidmatan penstriman di sini.

Sohor Kini