Sega merupakan salah satu nama yang tidak asing dalam arena permainan. Hari ini, Sega membuat kejutan, dan mengumumkan penamatan daripada perniagaan arked di Jepun.

Untuk makluman, selama dua tahun kebelakangan ini, perniagaan arked tidak menawarkan pulangan yang baik disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh dunia. 

Pada 2020 sendiri, Sega telah memindahkan pegangan sebanyak 85% perniagaan arked mereka kepada Genda, dan kini pada tahun 2022, mereka memindahkan pegangan baki untuk perniagaan arked mereka.

Dengan lebih ramai kini mempunyai konsol, komputer, malah telefon pintar untuk menikmati permainan video, populariti arked berkurangan dari hari ke hari. Perkara ini mungkin disasarkan ramai selama ini, dan akhirnya kini Sega keluar daripada perniagaan arked mereka.

Sohor Kini