Texas Chainsaw Massacre adalah filem pembunuhan bersiri yang ditayangkan pada tahun 1974. Populariti filem seram klasik ini agak hebat sehingga ia menjadi sebuah filem kultus. Filem seram seperti ini adalah satu perkara biasa yang bajet untuknya adalah sangat rendah tidak seperti filem blockbuster lain.

Kini selepas 58 tahun, Netflix bakal hadir dengan sekuel secara terus kepada filem ini. Apa yang menarik dengan perancangan untuk sekuel ini, John Larroquette dilaporkan akan kembali sebagai perawi yang menceritakan kisah filem ini di awal filem. Memberikan satu fan service kepada peminat yang menggemari filem ini.

Butiran lain mengenai filem ini masih belum didedahkan lagi. Tetapi agak menarik untuk sebuah filem seram klasik yang sudah 58 tahun ini akhirnya menerima satu sekuel.

Sohor Kini