Strikerz Inc hari ini telah berkongsi lanjut permainan simulasi bola sepak mereka iaitu UFL. Melalui perkongsian lebih kurang 20 minit tersebut mereka telah memperlihatkan perkembangan terkini bagi UFL, termasuk juga sedikit bentuk permainan dan mengumumkan yang Cristiano Ronaldo yang boleh dikatakan antara permainan terbaik di dunia akan menjadi duta untuk UFL.

Anda boleh tonton pengumuman penuh tersebut di bawah.

Sedikit mengecewakan, ia hanya memperlihatkan sedikit sahaja bentuk permainan dan kebanyakan video lain adalah animasi. Namun, mereka ada berkongsi yang permainan ini tidak akan mempunyai permulaan semula setiap tahun seperti permainan bola sepak lain FIFA ataupun eFootball.

Ia juga akan menyertakan beberapa mod berbeza seperti ‘non-league’, ‘2v2’, ‘3v3, secara luar dan juga dalam talian. Mod utama adalah ‘Flagship’ yang akan memerlukan pemain untuk mencipta dan mengurus kelab sendiri dan melawan dengan pemain yang mempunyai kemahiran yang lebih kurang.

Pemain juga boleh meningkatkan kebolehan pemain bola sepak yang digunakan termasuk juga berlatih untuk menukar posisi.

Mereka mengulangi apa yang diperkatakan sebelum ini mengenai permainan ini akan menjadi adil untuk semua tetapi tidak berkongsi lagi mengenai bagaimana ekonomi di dalam permainan akan disertakan.

Bagi tarikh pelancaran pula mereka sekadar mengatakan yang pengumuman akan dilakukan apabila mereka bersedia tetapi juga mengatakan yang UFL sudah berada di peringkat akhir pembangunan. UFL akan dilancarkan sebagai permainan percuma untuk dimainkan di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, dan Xbox Series.

Sohor Kini