Peacemaker kini telah menjadi siri TV paling popular di dunia. Ia menerima sambutan yang amat baik oleh khalayak ramai, sama seperti filem The Suicide Squad. Kejayaan ini adalah kerana James Gunn yang cukup berbakat dalam menulis siri TV dan filem.

Menurut laporan Deadline, James Gunn mengesahkan yang beliau sedang membangunkan satu lagi siri TV berkait dengan dunia The Suicide Squad – juga untuk siaran eksklusif di HBO Max. James Gunn masih merahsiakan maklumat mengenai projek baharu beliau ini, tetapi beliau telah mengesahkan yang siri TV baharu ini bukannya komedi seperti Peacemaker.

Kejayaan Peacemaker ini juga memberi potensi yang mereka bakal hadir untuk musim kedua. Namun, masih tiada apa-apa yang boleh dikongsi buat masa ini.

Baca: Ulasan Peacemaker – Mencari Keamanan Dalam Keadaan Yang Tertekan

Sohor Kini