Pada tahun lepas, Binge iaitu perkhidmatan penstriman yang akan datang telah mengumumkan mereka akan hadir dengan siri aksi nyata untuk permainan System Shock. Minggu ini, mereka telah mengumumkan yang Greg Russo akan menjadi penulis dan pengarah untuk siri tersebut.

Greg Russo sebelum ini merupakan penulis untuk filem aksi nyata Mortal Kombat di mana kami sebelum ini laporkan bagi filem susulan untuknya akan ditulis oleh Jeremy Slater iaitu penulis untuk siri TV Moon Knight.

System Shock merupakan permainan aksi pengembaraan first person yang dibangunkan oleh LookingGlass Technologies dan dikeluarkan pada tahun 1994, permainan susulan iaitu System Shock 2 dikeluarkan pada tahun 1999. Namun akibat masalah kewangan studio tersebut ditutup dan IP System Shock kini dimiliki oleh Nightdive Studios, System Shock 3 sedang dibangunkan dengan kerjasama bersama Tencent.

Sohor Kini