505 Games dan Kojima Productions telah mengumumkan yang Death Stranding Director’s Cut untuk PC akan dikeluarkan pada 30 Mac 2022 melalui Steam dan juga Epic Games Store. Ia akan ditawarkan dengan harga $39.99 (RM167), bagi pemilik Death Stranding di PC, naik taraf boleh dilakukan dengan bayaran $9.99 (~RM41).

Death Stranding Director’s Cut sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan PlayStation 5 pada tahun lepas, dan ia menyertakan pelbagai penambahan seperti peralatan, mod dan juga penceritaan. Anda boleh baca lanjut melalui pautan ini, ataupun tonton video pengenalan untuknya di bawah.

Jika anda masih tidak memiliki Death Stranding anda boleh dapatkannya dengan harga promosi di Steam dengan harga RM71.70 atau di Epic Games Store dengan harga RM83.99 yang juga boleh mendapat potongan tambahan melalui kupon.

Death Stranding sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5 dan PC. Anda boleh baca ulasan kami melalui pautan ini; Ulasan Death Stranding – Karya Agung Hideo Kojima Yang Terlalu Bercita-Cita Tinggi.

Sohor Kini