Epic Games Store minggu ini telah mengesahkan yang mereka akan meneruskan penawaran permainan percuma mingguan untuk tahun 2022, dan bermula hari ini permainan yang ditawarkan adalah Daemon X Machina yang boleh ditebus sehingga 4 Februari 2022.

Daemon X Machina merupakan permainan pertempuran robot mecha yang memfokuskan robot mecha yang boleh dipandu pemain dimana ianya dinamakan Arsenal. Pemain berupaya untuk mengubah-suai Arsenal pemain tersebut dimana kelengkapan dan senjatanya boleh dikutip ketika sesi pertempuran.

Muat Turun: Daemon X Machina

Selain itu, Epic Games Store juga memulakan jualan promosi mereka bersempena dengan Tahun Baharu Cina. Jualan Promosi ini akan berlangsung sehingga 10 Februari 2022. Jika anda melanggan newsletter Epic Games Store, anda juga akan menerima kupon bernilai RM40 untuk digunakan dengan pembelian permainan RM59.99 dan ke atas.

Antara permainan yang ditawarkan untuk jualan promosi ini adalah sepert berikut;

  • Red Dead Redemption 2 – RM109.50
  • Far Cry 6 – RM122.85
  • Cyberpunk 2077 – RM106.99
  • Kena: Bridge of Spirits – RM48.99
  • Disco Elysium – RM24.79
  • Hades – RM26.64
  • Battlefield 2042 – RM115.42

Anda boleh lihat senarai penuh untuk jualan promosi ini di pautan ini.

Sohor Kini